Tuesday 3 September 2013

Minggu 6 : Langkah 2 (15 minit)


PROJEK BERKUMPULAN
PEMBINAAN SISTEM PENUKARAN UNIT
35 Minit (30 Markah)
Pernyataan Masalah :
Pelajar-pelajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali (SMKBBBK) menghadapi permasalahan dalam pengiraan matematik terutamanya menukarkan unit-unit asas matematik (cm,mm,km,m,kg,gram,ml,l). Para pelajar terpaksa menggunakan kaedah lama untuk menyelesaikan kerja rumah mereka dengan menggunakan kalkulator. ANDA dan RAKAN ANDA daripada Syarikat XYZ merupakan seorang pembangun sistem (System Developer) yang hanya khusus dalam membina sistem kepada syarikat-syarikat atau sekolah-sekolah yang memerlukan perkhidmatan mereka.
ARAHAN SOALAN
1.       Sila bentuk 1 kumpulan (2 ahli dalam 1 kumpulan).
2.       Berdasarkan contoh yang tertera di hadapan skrin, anda dikehendaki untuk membina dan mereka bentuk Sistem Penukaran Unit sama dengan contoh berikut di dalam MS Excel 2003.
3.       Anda dan rakan anda boleh menukar warna mengikut kesesuaian sistem tersebut.
4.       Gunakan kaedah dan cara yang telah Anda pelajari pada minggu lalu.
5.       Gunakan template yang terdapat di dalam CD ICTL TOOLKIT yang dibekalkan oleh guru. (ANDA dikehendaki untuk memasukan cakera keras (CD) tersebut ke dalam CD-ROM untuk dimainkan, selepas itu pergi ke My Computer > tekan CD ICTL TOOLKIT > tekan folder ICTL FORM 1 > tekan fail MS Excel 2003 Template Sistem.
6.       Hanya menggunakan fail Template Sistem. Anda dikehendaki untuk melengkapkan sistem tersebut. Pastikan ikon (icon) yang terdapat di dalam fail tersebut disusun mengikut gambar rajah di hadapan.
7.       Simpan fail MS Excel 2003 dengan menekan butang SAVE AS dan simpan sebagai Projek Sistem Penukaran Unit di DocumentS komputer anda.
Bahan-bahan yang diperlukan :
       CD ICTL TOOLKIT (Tolong ambil di hadapan)
       Lembaran kerja (Cikgu akan edarkan)

No comments:

Post a Comment