Friday 27 September 2013

Minggu 10 : Pelaksanaan menghasilkan carta

Seterusnya, Cikgu minta kamu datang ke hadapan dan mengambil CD ICTL TOOLKIT di hadapan makmal ini.
Masukan CD tersebut ke dalam CD-ROM dan pergi ke MY COMPUTER.
Tekan CD ICTL TOOLKIT dan cari folder yang bernama ICTL FORM 1.
Setelah berjaya masuk ke dalam folder ICTL FORM 1, sekarang cari Folder yang bernama KIT CHART.
Akhir sekali cari fail excel bernama Template Markah Pelajar.

Ha!Masih ingat tak Markah Pelajar yang telah kita buat?Yang kita tentukan Gred dan Status sesuatu subjek tersebut?Kita guna formula Vlookup tue. Mesti tidak ingat kan?
Rujuk gambar di bawah ne.Nampak tak?Dah ingatkan kan.
Sekarang kita akan menghasilkan Carta Bar dengan menggunakan maklumat di dalam jadual ini


Thursday 26 September 2013

Minggu 10 :Demonstrasi menghasilkan carta dalam MS Excel 2003

Baiklah. Sekarang cikgu akan menunjukkan cara menghasilkan carta di dalam MS Excel 2003 di hadapan ne.

Cikgu Terry juga telah sediakan FLIPSNACK BOOK kamu sebagai rujukan kamu kelak untuk kegunaan pada setiap masa semasa diperlukan



Minggu 10 : Tayangan Video langkah-langkah menghasilkan carta

Baiklah, sekarang cikgu akan menunjukkan beberapa video untuk menghasilkan Graf Bar

Sila tumpuhkan perhatian sepenuhnya kepada video di bawah ini





Minggu 10 : Set Induksi

Adakah anda pernah melihat gambar rajah di bawah?

Dimanakah anda pernah meilhat gambar rajah ini? Subjek?

Carta Pai
Carta Pai (Pandangan 3 D)

Graf Bar









Wednesday 11 September 2013

Nota Pembelajaran 2 : Garis,Jumlah,Peratusan,Kedudukan

Nota 1 (Tutorial Microsoft Excel) JADUAL PERMARKAHAN UJIAN BULANAN



Tutorial Microsoft Excel

JADUAL PERMARKAHAN UJIAN BULANAN
Memformat Lembaran Kerja
Untuk memulakan proses memasukkan markah, anda dikehendaki memformatkan sel anda seperti di bawah:
Setelah anda memformatkan hamparan kerja anda, masukkan markah pelajar-pelajar dan jadual VLOOKUP akan membantu anda menetapkan gred bagi markah yang diperolehi. Sila rujuk kepada Membina VLOOKUP untuk menetapkan gred bagi markah pelajar.
Membina Vlookup
Penggunaan VLOOKUP amat perlu bagi mempercepatkan dan memudahkan kerja anda dalam membina jadual pemarkahan ujian bulanan atau sebagainya. Ia membantu anda mendapatkan nilai gred bagi markah yang anda masukkan. Anda hanya perlu menaip markah sahaja manakala nilai gred akan terpapar dengan sendirinya. Untuk melaksanakan tugas itu anda dikehendaki menyediakan jadualVLOOKUP seperti contoh di bawah. Nilai gred boleh diubah mengikut kesesuaian sekolah.
Mengira Jumlah Markah
Nota:
=SUM(C2:J2) bererti mengira markah dari sel C2 hingga sel J2. Formula yang anda hasilkan itu boleh disalin ke sel yang dikehendaki.
Mengira Peratus Markah
Lihat formula di dalam rajah di bawah untuk mengira peratus markah.
Nota:
K2/400*100 adalah formula untuk mengira jumlah peratus markah. K2 merujuk kepada sel K2 Simbol / bermaksud bahagi dan * bermaksud darab. Formula ini boleh disalin ke sel yang dikehendaki.
Mencari Kedudukan
Formula digunakan untuk menentukan kedudukan dalam tingkatan berdasarkan peratus
Nota:
=RANK(L2,$L$2:$L$11) merupakan formula untuk menetapkan kedudukan pelajar berdasarkan kepada peratus. Pada kedudukan di sel M2 klik dan masukkan formula seperti di atas, di mana RANK bermaksud mencari kedudukan, L2 merujuk kepada lajur peratus dan $L$2:$L$11 merujuk kepada  renj yang akan dikira.
Nota:
=COUNTIF adalah formula untuk arahan mengira “A” di lajur D2 hingga D11. Unyuk mengira berberapa bilangan “B” atau “C” dan seterusnya bolehlah anda tukarkan arahan formula seperti berikut:
= COUNTIF (D2:D11, “B”) – untuk mengira bilangan “B”
= COUNTIF (D2:D11, “C”) – untuk mengira bilangan “C”
= COUNTIF (D2:D11, “D”) – untuk mengira bilangan “D”
= COUNTIF (D2:D11, “E”) – untuk mengira bilangan “E”
= COUNTIF (D2:D11, “G”) – untuk mengira bilangan “G”
Penghasilan Carta
Setelah dibuat analisa, anda boleh memaparkan keputusan pelajar-pelajar melalui carta mengikut jumlah kumpulan pelajar-pelajar yang mendapat A, B, C, D, E danGAGAL. Gunakan CHART WIZARD untuk menyempurnakan graf anda.
Nota:
Setelah dibuat analisa, kenalpasti renj jumlah pelajar sebagai  paksi X dan bilangan gred pelajar sebagai paksi Y. Contoh dari B14J19 untuk menunjukkan bilangan pelajar dan jumlah gred untuk BM. Kemudian klik Chart Wizard dan respon kepada Kotak Dialog untuk menghasilkan graf anda.
Graf yang akan anda perolehi nanti adalah seperti berikut:

Sunday 8 September 2013

Minggu 6 (T 2) : Set Induksi

Minggu 6 (T 2) : Langkah 2

Minggu 6 (T 2) : Langkah 3

Minggu 6 (T 2) : Langkah 4 (Latihan Pengukuhan)


Latihan ICTL FORM 2
(Menambah rekod dan medan, Mengubah suai data, Mencari data)


Buka folder ICTL FORM 2 > fail sample.mdb
Menambah Rekod (Jadual Instructor)
Masukkan data berikut ke dalam jadual Instructors
Instructor ID
Instructor
Email Name
Phone Number
6
Henry, Terry
Terry
(310) 555-0122
7
Modium, Evelyn
Evelyn
(310) 555-1010
8
Mohammad Farid, Ato’i
Farid
(310) 555-2101
9
Talib, Allan
Allan
(310) 555-4321
10
Shim, Vui Chun
Shim
(310) 555-1230


Menambah Medan
Tambahkan medan berikut :

Medan Baru : Age
Diantara medan Instructor dengan Email Name

Medan Baru : State
Diantara medan Email Name dengan Phone Number

Medan Baru :Subject
Lepas medan Phone Number

Tuesday 3 September 2013

Minggu 6 : Langkah 4 (35 minit)

Minggu 6 : Langkah 3 (10 minit)

 Pengedaran CD ICTL TOOLKIT



Minggu 6 : Langkah 2 (15 minit)


PROJEK BERKUMPULAN
PEMBINAAN SISTEM PENUKARAN UNIT
35 Minit (30 Markah)
Pernyataan Masalah :
Pelajar-pelajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali (SMKBBBK) menghadapi permasalahan dalam pengiraan matematik terutamanya menukarkan unit-unit asas matematik (cm,mm,km,m,kg,gram,ml,l). Para pelajar terpaksa menggunakan kaedah lama untuk menyelesaikan kerja rumah mereka dengan menggunakan kalkulator. ANDA dan RAKAN ANDA daripada Syarikat XYZ merupakan seorang pembangun sistem (System Developer) yang hanya khusus dalam membina sistem kepada syarikat-syarikat atau sekolah-sekolah yang memerlukan perkhidmatan mereka.
ARAHAN SOALAN
1.       Sila bentuk 1 kumpulan (2 ahli dalam 1 kumpulan).
2.       Berdasarkan contoh yang tertera di hadapan skrin, anda dikehendaki untuk membina dan mereka bentuk Sistem Penukaran Unit sama dengan contoh berikut di dalam MS Excel 2003.
3.       Anda dan rakan anda boleh menukar warna mengikut kesesuaian sistem tersebut.
4.       Gunakan kaedah dan cara yang telah Anda pelajari pada minggu lalu.
5.       Gunakan template yang terdapat di dalam CD ICTL TOOLKIT yang dibekalkan oleh guru. (ANDA dikehendaki untuk memasukan cakera keras (CD) tersebut ke dalam CD-ROM untuk dimainkan, selepas itu pergi ke My Computer > tekan CD ICTL TOOLKIT > tekan folder ICTL FORM 1 > tekan fail MS Excel 2003 Template Sistem.
6.       Hanya menggunakan fail Template Sistem. Anda dikehendaki untuk melengkapkan sistem tersebut. Pastikan ikon (icon) yang terdapat di dalam fail tersebut disusun mengikut gambar rajah di hadapan.
7.       Simpan fail MS Excel 2003 dengan menekan butang SAVE AS dan simpan sebagai Projek Sistem Penukaran Unit di DocumentS komputer anda.
Bahan-bahan yang diperlukan :
       CD ICTL TOOLKIT (Tolong ambil di hadapan)
       Lembaran kerja (Cikgu akan edarkan)

Minggu 6 : Langkah 1 (10minit)


Tekan pautan (link) untuk masuk ke dalam sistem yang telah dibina


Contoh Antara Muka Sistem yang akan dibina


Minggu 6 : Set Induksi


Baiklah, Pada minggu ini kita akan membuat satu projek sistem yang besar di dalam MS Excel 2003. Pembinaan projek ini adalah untuk memudahkan kita sebagai manusia melakukan pengiraan matematik yang begitu rumit.

Berdasarkan Video di bawah, siapa yang boleh terangkan apa yang kamu faham?






Soalan :
1. Apa yang kamu nampak melalui video ini?
2. Apa yang kamu faham mengenai dengan video ini?
3. Bagaimanakah jalan yang mudah untuk melakukan kesemua operasi matematik ini?